Perempuan Bertudung Merokok

Perempuan bertudung menyalakan api rokok Terkejut tengok gambar di atas? Seorang perempuan berbaju kurung dan bertudung tapi merokok. Pasti ramai yang tidak percaya tapi itulah realitinya. Rokok sinonim dengan lelaki. Tapi perempuan juga ada yang merokok cuma peratusannya agak rendah berbanding lelaki. Sebenarnya fenomena perempuan merokok sudah lama. Tengok saja di kampung golongan nenek tua ada yang merokok. Pasti mereka merokok sejak mereka muda lagi. Sama juga perempuan muda zaman sekarang termasuk yang bertudung. Cuma golongan ini semakin ramai yang berani merokok di khalayak ramai tanpa segan silu. Aku sudah beberapa kali terserempak dengan perempuan bertudung merokok. Tahun lepas aku pernah makan di sebuah restoran eksklusif di Kuala Lumpur. Kelihatan seorang gadis sedang makan berdekatan dengan meja aku. Orangnya ayu, cantik berbaju kurung dan bertudung, suaranya lembut. Sedang aku memerhatikan dia, tidak lama lepas itu dia keluarkan kotak rokok dari beg tangannya...